Shah,14
sy ni baru form 2 bang,so.. sy x pandai sangat bercinta..klu bercinta pon kami nak "barang" je.la... bese la.. mana ad nk btul2 pon,duet pon mak ayah yg surport!! ha... pas 2.. kuar g jalan2.. g wayang.. wat la ap yg patut.. nak malu?? wat pe nk malu bang... sume wat bende sama je.. haha.. so.. bg saya couple ni bez.. sebab kita dapat apa yg dinginkan.. hehe
Lina,17
ha.. saya x pk sangat la pasal couple2 ni,sebab sy nak pekse la wk.. lagipon klu sy kapel, byk masalah wk... balak nak ajak kuar lagi.. ajak date... nak belaja xde masa.. pas 2.. nak rndu2 lagi.. eeee.. xde masa la sy... kalau nak couple elok pas sekolah.. sebab masa banyak nak study pon x kacau... contohla.. kalau kat U n kolej pon dah ad balak kte terjaga.. yela.. kat U kan teruk sosialnye...
nizam, 19
bagi saya la... kapel ni kurang elok,disebabkan kapel la masalah sosial kian meningkat,masalah anak luar nikah sume bermula dari kapel.. kawan2 sume berkapel.. so.. agak janggal bagi saya berkapel ni.. saya nak berkapel tapi ble sy terpk masalah umum sekarang ni,sy elakkan,saya cuba dari berkapel.. cuma sy terpanggil nak berkapel dengan seorang muslimah ni,dia cantik,warak,macam2 lagi la.. islamic la... so... ble saya pk masalah sosial.. sy rasa.. xkan kot dengan org macam ni saya boleh terjerumus kan... so... bagi saya la kan.. klu nak kapel pon.. cari yg solehah n soleh la.. baru terjamin hubungan dan diredhai la..
lisa,13
saya tingkatan satu dari sekolah agama %*&&^%$#,saya x pandai la nak bercinta ni.. sy muda lagi.. kemudahan nak bercinta pon xde.. contohnye.. fon,tenet n duet.. bagi saya tggu sume dah ad.. boleh la terima lamaran abang2 form atas 2..hihi..
amir,27
salam,saya nak jawab soalan awak 2.. istilah kapel ni mmg sesuai bagi mereka yang malakukan hubungan dengan berlainan jenis dan bukan.so.. dalam berkapel ni.. sume org akan berkapel mengikut hala pemikiran mereka,contoh nye mereka yang berfikiran matang,akan menjadikan manuasia yang berlainan jenis jantinanye sebagai pasangan.tetapi bagi mereka yang masih belum sampai tahap pemikiran yang benar,mereka akan memilaih jalan salah dalam mencari pasangan.Berbalik pada soalan awk,relevan couple ni bagi mereka yang sudah beekerjaya,saya mual dan jijik melihat mereka yang masih dalam sesi akademik tidak kira peringkat sekolah rendah dan menengah mahupun peringkat pengajian tinggi bercouple kerana dalam masa begini mereka masaih mahukan keseronokan luaran berbanding kebahagiaan kekeluargaan.
atiqa,18
saya penuntut kolej *&*&*^%%,bagi saya menjalinkan hubungan kapel ni salah dari segi undang2 islam.. kerana couple ini menjerumuskan kita kelembah zina.Malahan hubungan ini mampu merosakkan komuniti negara bangsa.. apakah salah seandainya kita menunggu masa dan peluang yang seeloknye untuk menjalinkan hubungan ini.Kerana bagi saya masalah sosial berpunca daripada hubungan terlarang ini.Bukan saya tidak lawa atau diminati.. tetapi saya menjadikan prinsip hidup saya sebagai benteng daripada menerukan perlakuan ini walaupun dalam keadaan terbatas.Saya bukan lahir dari pelajar sekolah agama,malahan disekolah rendah juga saya tidak bersekolah agama,hanya bersandarkan pada subjek pendidikan islam disekolah kebangsaan saya dapat menjamin diri saya dari melakukan dan mewujudkan hubungan "COUPLE" dalam hidup saya ketika saya masih diperingkat beljar.zol, 20couple er... bagi aku la.. ok pe.. sebab x salah pon... relax je bro.. kte kapel je la.. nak wat pape hal pon 2 masing2 nye cte la... aku kapel ok je.. mak ayah awek ak pon x de hal.. cuma kadang2 mak bapak dye kecoh gak r klu aku x anta awek aku balik uma.. alahai ak bukan wat pape pon .. nak spend time lepak2.. nak luankan masa ngn awek ak.. kang klu aku x spend time ngn dye,dye kata aku pompuan lain pulak.. yang ko tanye2 ni... ko ad kapel ke?? ko kapel dulu bro.. baru ko tawu nikmat dye..
hahahalan,30
istilah ini selalu kita dengar dalam masyarakat rendah maksud sy dalam bidang pendidikan.apa yang saya maksudkan.. mereka yang masih bersekolah.. dan mereka yang berada di universiti dan kolej ataupon di institut pendidkan lain mengangap mereka sudah dewasa dalam bercinta.Saya tidak gemar mereka melakukan hubungan ini.dan bagi saya 100% mereka hanya mahukan keseronokan tanpa berfikir mengenai masa depan.Kerana sebilangan mereka hanya bercerita soal kahwin dan keluarga sekadar ambil lepas saja.Orang kata nak borak2 kosong,konon2 akan berkahwin.ini tidak benar,saya sudah berkahwin dan kami bahgia walaupon tidak pernah bercinta bertahun2.. hanya bercinta beberapa minggu,sememngnya banyak kekurangan dalam hubungan ini,jadi saya sebagaia lelaki saya kena lakukan tanggungjawab saya sebagai suami.say didik isteri saya.ya.. kini beliau (isteri) menjadi orang yang solehah.
azimah,23
ya.. dulu pernah berkapel ni.. cinta monyet la.. saya dulu berjanjikan macam2 ngn bofren sy.. dia caring.. baik.. comel.. tapi lepas kami habis sekolah.. kami jarang berhubung.. sy ingat dye masih cintakan sy seperti dulu. tapi kini dia dah ad anak 2.. saya jumpa dengan isteri dia.. isteri dia ceritakan segala kebaikan bofren saya 2... saya x nyatakan yang sy ni ex-gF dye... saya pura2 nak kenal isteri dye.. beruntung isteri dye.. dapat dia.. saya sedih.. sebab x dapat kahwin dan hidup dengan dye.. apa yang dia janjikan semasa disekolah dulu,dia tunaikan pada isteri dia bukan pada saya.. sy akur.. sy belum bersedia berkahwin lagi kerana saya masih mengenangkan kenangan saya dengan dia.biarlah dia hidup bahgia bersama isteri dia.
ustaz syed, 18
Bagi saya,couple ini adalah satu kesilapan terbesar. Couple ini adalah satu agenda zionis dan yahudi.Bila kita kata ini agenda mereka adalah sama ini agenda syaitan.Menjalinkan hubungan yang masih belum sah dan diragui adalah berkaitan dengan "syubhah".Syubhah ini haram ada disebutkan dalam alquran.Mengapa hal ini masih berterusan walaupun ramai pihak dari agensi agama berlumba-lumba memerangi hal ini?? hal ini disebabkan ketandusan iman dan taqwa dari jiwa manusia.Khusus saya libatkan bangsa melayu yang sudah punya tata cara hidup yang sempurna,kerana bangsa melayu ini menyaluti agama islam itu.Macam kita salut emas.. emas celop.. emas akan hilang kalau kita salut diluar,tetapi kalau kita pakai emas yang sebanar kita salutkan dengan perak,perak akan hilang tetapi emas akan tetap bersatu.Jangan kita terus menjalinkan hubungan ini.Mereka yang masih melakukan hubungan ini dikira melanggar hukum "munakahat".Mereka yang melanggar hukum munakahat sebagai org yang melaggar ajaran allah.Tidak guna beramal seandainya masih bercorak yahudi dan nasrani.Mereka yang bercouple ini adlah mreka yang serong dari pandangan islam yang sebenar.wallahualam..
1 ulasan:
so, ko couple 2 cam ne??
Catat Ulasan